|
MARHA-MARHA!! Di bumi ini kita ditemukan Satu arah Satu perjuangan Satu aqidah Satu pegangan Asasnya terjalin ikatan Ukhuwwah fillah Tidakkan musnah Walaupun ombak Walau badai mendesak Tautan erat tak mungkin padam Dengan ismullah kita berbai’ah Bertemu..berpisah Hanya kernaNya semata Redha Allah kita cari Moga2 kita Dengan niat yang suci Bertemu kembali di negeri abadi…. Demikian manisnya Mahabbah murni Limpahan kasih Anugerah Ilahi Bajai ia jangan dicemari Redha Allah dipohoni............ “Kalau kita tidak berjumpe lagi di dunia..semoga Allah pertemukan kita lagi di Jannah…” “Kita bukan pelari pecut 100meter..tamat 100meter..kita kepenatan…berhenti dan berehat panjang…tapi jadilah pelari marathon..yang bersedia untuk kerja2 da’wah ilallah yang bernafas panjang….” Semua ini..dan banyak lagi…kata2 semangat….dan wajah2 penuh semangat…yang tak mungkin dapat digambarkan dengan kata2…betapa gembiranya hati dipertemukan Allah dengan saudara seaqidah sefikrah..di lain latar geografi dan budaya…walau kali pertama bertemu…seakan sudah kenal lama… Sesemangat namanya….begitulah semangatnya makna dan erti kewujudan blog ini. Blog ini diwujudkan khas untuk menghimpun sebanyak mungkin khazanah yang kami kutip dari kembara Semaian Ukhuwwah2 jun lalu ke bumi Temasik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Konsep yang diketengahkan dalam blog ini ialah lebih kepada konsep perkongsian seakan iklan perkongsian teknologi da’wah, termasuk cara2 promotion dan kreatifnya program mereka!!! Ia sekadar informasi asas dan awal, justeru, kepada mana2 pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar organisasi yang dilawati atau program yang mereka anjurkan, boleh berhubung dengan kami di karisma_antarabangsa@yahoo.com Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung. Semoga kita tabah meneruskan usaha perkongsian rahmatan lil`alamin yang hakikatnya bukan dikurniakan untuk kita sahaja..bahkan untuk seluruh alam! Allahuakbar! |
| Leave a Comment: |