Entry: Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Jom ROQ the World! Aug 16, 2005



21/8
Remembrance of Al-Quds Day

 

 
 
 
3 days to go.......
 

 
 
Selasa, 16/08/2005 -Mantan ekstrimis Yahudi dan juga peminat Baruch Goldstein (pengganas Zionis yang telah membunuh lebih 29 muslim di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994), telah mengisytiharkan kepada rakyat Israel (baca: Negara Palestin yang dijajah) di sini, bahawa beliau telah menjadi seorang muslim.

Michael Shorovsky, yang pernah menetap di Kiryat Arba'a di Khalil (Hebron), sekampung dengan Goldstein telah mengubah namanya kepada Michael Muhammad Mahdi dan telah berpindah ke perkampungan Arab di kawasan Abu Ghosh di Barat Baitul Maqdis.

Di dalam salah satu temubual di Radio Cal Yisrael, salah sebuah radio milik kerajaan pada beberapa bulan yang lalu, beliau telah menceritakan kisah silamnya sebelum Islam. Beliau menceritakan bagaimana beliau amat kagum dengan Baruch Golstein dan menyokongnya sepenuh hati, terutamanya tindakan berani beliau menyerang umat Islam yang sedang bersolat di Masjid Ibrahimi di Khalil pada 25 Februari 1994. Katanya ketika ditemuramah: "Saya amat-amat mengkagumi keberanian beliau!".

Dia menceritakan lagi bagaimana beliau, seperti orang Yahudi yang lain, sentiasa meludah ke arah mana-mana orang Arab yang mereka temui di jalan sewaktu berada di Hebron. Walau bagaimanapun, semua senario tersebut telah berubah beberapa tahun yang lalu ketika beliau menghantar keretanya ke bengkel milik seorang rakyat Palestin untuk dibaiki.

Beliau menceritakan bagaimana beliau telah melayan warga Palestin itu dengan begitu kasar dan telah menghinanya serta agamanya, namun rakyat Palestin tersebut hanya membalas segala perlakuan kasarnya itu dengan senyuman sahaja. Akhlak mekanik berbangsa Palestin itu telah membuatkan dia binggung dan merasa malu dengan dirinya sendiri. Dia mula bertanyakan dirinya: "Mengapa aku bertindak sedemikian rupa?, dan apakah pula yang menyebabkan rakyat Palestin itu bertindak sedemikian mulia?".
 
to be continued in...palestinkini.info 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments