<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31



.::SEmBaNg KoMaNdEr::.
   

.::PhOTO GaLLeRY::.


.::SiDaNg KoMaNdER::.


Name
Email
URI
Msg



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
Thanks for stopping by!
rss feed


Design: wordweave
Image: Getty Images


Forever Fields

sekapur sireh... « Ukhuwah TransBorder

Oct 11, 2005
sekapur sireh...

MARHA-MARHA!!

 

Di bumi ini kita ditemukan

Satu arah

Satu perjuangan

Satu aqidah

Satu pegangan

Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwwah fillah

Tidakkan musnah

Walaupun ombak

Walau badai mendesak

Tautan erat tak mungkin padam

Dengan ismullah kita berbai’ah

 

Bertemu..berpisah

Hanya kernaNya semata

Redha Allah kita cari

Moga2 kita kan diberkati

Dengan niat yang suci

Bertemu kembali di negeri abadi….

 

Demikian manisnya

Mahabbah murni

Limpahan kasih

Anugerah Ilahi

Bajai ia jangan dicemari

Redha Allah dipohoni............

 

 

Kalau kita tidak berjumpe lagi di dunia..semoga Allah pertemukan kita lagi di Jannah…

 

Kita bukan pelari pecut 100meter..tamat 100meter..kita kepenatan…berhenti dan berehat panjang…tapi jadilah pelari marathon..yang bersedia untuk kerja2 da’wah ilallah yang bernafas panjang….

 

Semua ini..dan banyak lagi…kata2 semangat….dan wajah2 penuh semangat…yang tak mungkin dapat digambarkan dengan kata2…betapa gembiranya hati dipertemukan Allah dengan saudara seaqidah sefikrah..di lain latar geografi dan budaya…walau kali pertama bertemu…seakan sudah kenal lama…

 

Sesemangat namanya….begitulah semangatnya makna dan erti kewujudan blog ini. Blog ini diwujudkan khas untuk menghimpun sebanyak mungkin khazanah yang kami kutip dari kembara Semaian Ukhuwwah2 jun lalu ke bumi Temasik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

 

Konsep yang diketengahkan dalam blog ini ialah lebih kepada konsep perkongsian seakan iklan perkongsian teknologi da’wah, termasuk cara2 promotion dan kreatifnya program mereka!!! Ia sekadar informasi asas dan awal, justeru, kepada mana2 pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar organisasi yang dilawati atau program yang mereka anjurkan, boleh berhubung dengan kami di karisma_antarabangsa@yahoo.com

 

Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung. Semoga kita tabah meneruskan usaha perkongsian rahmatan lil`alamin yang hakikatnya bukan dikurniakan untuk kita sahaja..bahkan untuk seluruh alam!

 

Allahuakbar!

 

 


Posted at 12:45 am by marha-marha

Â

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home